Posts Tagged ‘Alert’

Waktu tengah syok tido petang td.. Aku dapat panggilan telefon dari private no. lalu mengangkat panggilan tadi..
penipu: Hello
Aku: Hello
Penipu: selamat petang tuan, saya wakil dari Power Root ingin menguacapkan tahniah pada tuan kerana no hp tuan terpilih untuk memenangi tempat ketiga cabutan bertuah dari Power Root .
Tuan telah memenangi sebanyak RM5000
Aku: ooo.. yeke … pastu ? (dlm kpala duk pk bile aku beli barang power root ni .. xper layan jer mamat indon ni )
Penipu: Pihak kami dalam proses untuk memberi hadiah pada pemenang2 kami,
Aku: ok .. baik …
Penipu: Tuan tidak akan dikenakan ape2 bayaran .. cuma ikut arahan pihak kami utk proses hadiah berkenaan
AKu: ok ..
Penipu: Tuan ada memakai apa2 bank online seperti maybank, cimb dan sebagainya..
Aku: ye .. saya ada maybank,
Penipu: Ok tn . tuan ada pakai kad ATM maybank?
Aku: ya, sy ade kad maybank
Penipu: kad ada dengan tuan skrg ini ?
Aku: ya ada dgn saya skrg
Penipu: Tuan pakai kad atm yg mana 1 ? Yg kuning ker ? yg merah2 skit tu ? \
Aku: sy pakai yg kuning tu jer ..
Penipu: ada mana2 Atm yg berdekatan dengan kawasan tuan ?
Aku: dekat sangat tu xde la .. dlam 15 minit ade kot ..
Penipu: Ok tuan, boleh tuan tgk kad tuan ,sbb kami ingin proses kan hadiah tuan, jadi kami perlukan 16 digit no kad tuan ..
Aku: oo .. no kad sy dah xde .. saya dah buang plastik atas kad maybank tu .. (no kad tu terkoyak masa p isi minyak kad petronas… smpai lekat kad aku)
Penipu: ya.. ya .. no kad atas kad itu .. 16 digit ..
Aku: (xpaham ker mamat ni aku ckp xde no td .. ) no kad sy dah xde .. layer atas kad tu da tercabut .. ( ulang lagik skali )
Penipu: oo . jadi itu jadi masalah utk kami proses kan hadiah tuan.. tuan boleh dapatkan kad2 Atm kawan2 atau keluarga ?
Aku: susah skit tu .. xper .. nnt sy cuba dptkan …
Penipu: ok tuan .. brapa lama tuan perlu masa utk dapatkan kad ATM ?
Aku : dlm pukul 5 boleh la
Penipu: ok tuan … dlm pkul 5 boleh tuan pergi ke mesin ATM ?
Aku: ok.. boelh2
Penipu: ok tuan .. kiranya kami akan hubngi tuan pukul 5 nnt ya tuan
Aku: baik2 ..
Penipu: ok tuan .. trima kasih atas kerjasama tuan, Assalamualaikum wbt . dan selamat petang
Tu sesi pertama panggilan telefon yg kononnya aku menang hadiah power root .. awal2 dia ckp dari power root aku dah terpikir ni msti nak tipu duit aku la ni .. dah la aku x berduit .. nak mnipu duit aku plak … tp time tu aku baru bgn tido .. just melayan jer la dia sembang .. aku pun bangkit2 dan mandi …smapai la jam 5 ptg … ade lagi panggilan dari lahabau ni ..
yg lain2 next post lak .. nak makan kejap

Sila pastikan dompet @ duit note RM50 yg baru tidak terbasauh skali dengan pakain. Seorang jurutera di PJ,Yeoh Jit Shiong, 25, telah terendam beg duitnya dalam mesin basuh dan hasilnya seperti gambar diatas. Semua duit RM50 yg baru dikeluarkan hilang termasuk no siri duit tersebut yang tertinggal hanyalah benang keselamatan dan watermark sahaja.
Pelik .. duit baru semakin tidak berkualiti ? duit-duit lain yang terendam sekali masih elok dan tidak rosak .. kenapa duit RM50 baru tak sehabat duit2 lain ?

Kerajaan akan mengumumkan kenaikan harga 10sen liter untuk bensin dan solar RON95 ketika mekanisma harga bahan bakar baru terungkap pada pertengahan Mac, Sin Chew Daily melaporkan hari ini.
Harga RON97 juga akan meningkat tetapi tidak ada keputusan belum di kuantum.
Saat ini RON95 runcit pada RM1.80 satu liter, di RON97 dan diesel RM2.05 dan RM1.70 satu liter masing-masing.
Sumber-sumber Jabatan Kewangan berkata, kerajaan telah memutuskan untuk menaikkan harga BBM karena tidak boleh memberikan subsidi lebih banyak diperlukan untuk mempertahankan harga BBM pada level saat ini menyusul lonjakan harga minyak mentah dunia.
Kerajaan yakin peningkatan 10sen liter boleh diterima oleh awam.
Para sumber juga mengatakan kepada harian kerajaan belum muncul dengan mekanisme harga bahan api yang boleh diterima oleh semua bahagian, dan sebagai hasilnya boleh menunda atau bahkan mungkin terpaksa meninggalkan langkah-langkah baru yang telah di paip.
“Rancangan itu sedang berlaku untuk pendaftaran kenderaan pemilik dan Mykad mereka melalui Maybank dan kios bensin bermula pada bulan April dicadangkan di bawah ’satu pemilik kenderaan, salah satu subsidi’ mekanisme subsidi bahan api. Nampaknya rancangan tidak boleh pergi. ”
Sumber mengatakan topi menjual 20 liter petrol untuk kereta asing di berhampiran sempadan Malaysia akan terus dilaksanakan.
Sementara itu, Petrol Dealers Association of Malaysia president Datuk Othman Hashim percaya bahawa pemilik kereta asing akan membayar harga pasaran saat mekanisma harga bahan bakar baru diperkenalkan bulan depan.
Dia mengatakan tujuan utama kerajaan ialah memberikan subsidi kepada mereka yang memenuhi syarat untuk itu, untuk melindungi kepentingan yang lebih rendah dan kumpulan berpendapatan menengah dan juga menjimatkan perbelanjaan.
Sumber Berita – Malaysia-today
Gempa bumi kuat pada skala Richter 7.0 telah melanda Haiti pada 12 Januari 2010 yang terjadi pada pukul 4.53 petang (5.53 pagi waktu Malaysia). Gempa bumi ini kemudiannya diikuti dengan lebih daripada 10 gegaran susulan yang melebihi magnitud 5.







Satu kajian kumpulan penyelidik Universiti Oxford di Britain mendapati wanita yang memiliki punggung dan paha besar kurang berisiko diserang sakit jantung dan kencing manis, lapor sebuah akhbar semalam.
Kumpulan saintis itu menyatakan lemak punggung dan paha boleh mengurangkan kesan protein cytokine iaitu penyebab keradangan dan arteri tersumbat.
Ia berbeza dengan sel lemak di bahagian perut yang dikaitkan dengan penyakit jantung dan diabetes kerana ia mengandungi cytokine yang tinggi.
Lemak punggung dan paha turut mengandungi sejenis hormon bagi melindungi salur darah dan bertindak mengawal kandungan gula dalam darah serta mempercepatkan pembakaran lemak.
“Lemak di sekitar punggung dan paha berbeza dengan lemak di perut. Terdapat lemak yang baik dan buruk sama seperti kolesterol berfaedah dan kolesterol yang berbahaya,” kata ketua kajian tersebut, Dr. Konstantinos Manolopoulos.
Menurutnya, selebriti berpunggung besar seperti Jennifer Lopez (JLo) dan Beyonce merupakan contoh ikutan lebih baik bagi kesihatan wanita berbanding model yang kebanyakkannya bertubuh kurus dan kurang kandungan lemak seperti Kate Moss. – Agensi

Petang yg suram ini, aku membuat aktivi biasa untuk berjalan2 di lorong Alam Cyber. sambil email di login untuk tengok email baru. Byk spam email dari email yang betul2 mau mengEmail aku
dlm spam email ternampak email dari Cimb Group: Cimb Message centre. Sejak bile pandai Cimb contek melalui email.ekceli ni satu jenis phishing mail@ site forgery
Byk betul phishing mail yang dpt sekarang ini
Ape itu phishing site?
phishing is the criminally fraudulent process of attempting to acquire sensitive information such as usernames, passwords and credit card details by masquerading as a trustworthy entity in an electronic communication.
-Wikipedia-
dengan kata lain malay merupakan kesalahan yang dilakukan untuk mendapatkan info seseorang spt usernames, passwords and credit card details dengan website tiruan yg di solek menjadi seperti website sebenar
Jangan tertipu dengan email2 camni .

akhirnya .. berjaya jugak untuk letak Google Friend Connect dekat blog ini.. dah lama teringin nak letak, tp kerajinan mengatasi semuanya kesuntukan masa + malas mnyebabkan tak dpt nak letak ini punya barang.
jadi kepada sapa-sapa yg kelapangan, sudikanlah kiranya meringankan tangan menggerakkan tetikus untuk follow..
mekacey pada anda semua ..
Sempena kedatangan tahun baru.. gerhana bulan dijangka berlaku sejam selepas kedatangan tahun baru 2010. Gerhana bulan separa dijangka berlaku bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi.
Ia bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada 3.24 pagi.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam kenyataannya semalam menjelaskan, gerhana yang jelas dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi dari pukul 2.53 pagi.
Umat Islam digalakkan menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan bersempena dengan kejadian itu.
Orang ramai dijemput menyaksikan fenomena alam semula jadi itu dan turut serta menunaikan solat sunat khusuf yang akan diadakan di Masjid Negara.
Tak faham aku dgn Rakyat Indonesia ni .. Kita bagi bantuan pun diaorang leh main baling-baling batu lagi. tak reti nak bersyukur ker ape ..
KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menyiasat insiden pesawat pengangkut C-130 Hercules dibaling dengan batu oleh penduduk Padang, ketika melaksanakan misi menyelamat dan menghantar bantuan kemanusiaan ke wilayah yang dilanda gempa bumi itu, baru-baru ini.
Panglima TUDM, Jeneral Datuk Rodzali Daud, berkata tindakan itu boleh dilihat seolah-olah kehadiran pesawat Malaysia kurang disenangi segelintir masyarakat di kawasan terbabit.
“Kita menerima laporan bahawa pesawat C-130 Hercules dilempar batu ketika melaksanakan misi menyelamat dan menghantar bantuan kepada mangsa bencana baru-baru ini.
“Bagaimanapun TUDM menerima kejadian itu dengan rasional dan memastikan anggotanya tidak terikut-ikut dengan tindakan segelintir penduduk tempatan terhadap aset serta anggota yang dikerah ke sana.
“Kita pergi ke tempat yang mengalami darurat atau bermasalah, maka kita tidak mahu menimbulkan lagi masalah lain. Apa yang perlu kita buat ialah membuat siasatan kerana sudah ada laporan.
“Namun, kita akan mengambil langkah yang sewajarnya supaya kejadian berkenaan tidak berulang. Memandangkan operasi masih berjalan, kita akan melaksanakannya sehingga selesai,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Kongres Perubatan Ketenteraan Sedunia (WCMM) ke-38 di sini, semalam yang disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Rodzali mengulas laporan pesawat C-130 Hercules dilempar batu dan dihalang mendarat oleh segelintir penduduk Padang yang dikatakan masih berang terhadap Malaysia berhubung isu tarian Pendet.
Pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, satu-satunya lapangan terbang komersial yang masih beroperasi di Padang.
Beliau berkata, kejadian itu tidak mematahkan semangat anggota dan pegawai TUDM bertugas kerana mereka memikul tanggungjawab yang sudah diamanahkan kerajaan bagi membantu negara jiran yang dilanda bencana.
Sementara itu, Ahmad Zahid menganggap tindakan sekumpulan kecil penduduk Padang membaling batu pada pesawat TUDM itu sebagai permainan budak-budak nakal.
“Di sana mungkin ada budak-budak nakal, namun kita tetap mengutamakan semangat saudara serumpun. Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga. Maka, kita akan meneruskan operasi sehingga keadaan di sana tenang dan kembali seperti sedia kala,” katanya.
Beliau berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menghantar 53 orang lagi ke Padang dalam Misi Bantuan Kemanusiaan, petang semalam.

sebenarnye aku ragu2 nak post pasal ni .. x tau kesahihan dia ..sebab aku jumpe pun dekat TOPIX . Ragu2 la sebab x tau betul ker ade harian Kota tu .. cari x jumpe ..
Andai betul la cite ni .. ape ke hal la diorang ni .. dah tolong pun macam tu lagik ..
Aku post ni lepas aku bace pasal Helikopter TUDM di baling batu ..
nnt aku post
Older Posts »
Commenter