Posts Tagged ‘Agama’
Jika anda seorang blogger ataupun bukan blogger tapi beragama Islam, bantuan anda amat diperlukan untuk memastikan laman web yang menghina Islam ini dapat ditutup seberapa segera oleh pihak WordPress.
Blog yang menghina Islam ini beralamat: http://beritamuslim.wordpress.com/ dan memuatkan banyak artikel @ grafik yang menghina Islam.
Untuk melaporkan perkara ini kepada pihak Wordpress, klik sahaja link di bawah ini :
http://en.wordpress.com/report-spam/
Sesudah guna link tersebut, sila majukan report pada : abuse-report@wordpress.com
Carik post yang menghina agama. Tempelkan pada emel.
Your Email : masukkan email anda
Blog URL : isi dengan http://beritamuslim.wordpress.com/
Why : BLOG SPAMMING and that blog was insulting religion, abusing.
semalam (8 Jan 2010 ) Sebuah gereja dibaling dengan bom petrol mengakibatkan tingkat bawahnya terbakar, kata sumber gereja.

Insiden tersebut berlaku sewaktu memuncak kontroversi berhubung penggunaan perkataan Allah oleh satu penerbitan Katholik.


Kejadian yg masih lagi dlm siasatan dan belum diketahui punca, dan kerajaan bermurah hati meluluskan peruntukan RM500,000 untuk pembangunan semula Gereja Metro Tarbenacle di Desa Melawati yang terbakar selepas dilempar bom api semalam.
Perkara ini diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang melawat gereja itu sebentar tadi.
Gereja baru akan dibina di lokasi lain.
Cepat betul bertindak .. mmg 1 malaysia ni

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap Assalamu’alaikum berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula Assalamu’alaikum tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.
Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah sama ada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

MOGADISHU – Sekumpulan militan Islam memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam.
Kumpulan itu turut membunuh seorang lelaki kerana didakwa sebagai pembunuh.
Menurut beberapa saksi, hukuman itu mencetuskan pertempuran senjata antara kumpulan tersebut dengan kumpulan lain dengan mengakibatkan tiga militan terbunuh.
Kejadian berlaku di Afgoye, 32 kilometer dari sini pada Ahad lalu.
“Tiga anggota pejuang kumpulan Hizbul Islam terbunuh dan lima lagi cedera apabila mereka saling bergaduh antara satu sama lain,” kata seorang pekedai, Halima Osman.
“Sebahagian anggota kumpulan itu mahu menangguhkan hukuman manakala yang lain menentangnya.
“Anggota-anggota itu kemudian berbalas tembakan.
“Kumpulan yang menentang hukuman itu tewas dan kemudian melarikan diri,” tambahnya.

Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan.
Seorang wanita yang mengaku melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan.
“Ini merupakan hari penghakiman,” kata Osman kepada orang ramai.
“Kami telah melakukan siasatan dan mereka sudah mengaku,” tambahnya.
Hukuman itu dibuat selepas pertempuran antara kumpulan yang menentang dan kumpulan yang mahu hukuman itu dilaksanakan dengan segera berakhir.
Seorang anggota keluarga mangsa yang dibunuh kemudian menembak mati penembaknya yang telah ditangkap.

Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati.
“Saya tidak sanggup untuk melihatnya,” kata seorang lelaki, Ali Gabow.
Menurutnya, seorang wanita yang mengaku berzina itu dihukum 100 kali sebatan kerana dia menyatakan dirinya masih belum berkahwin. – Agensi
pergghh .. Kalu kene sebijik pun puas ati ni .. abis besar batu diorang pakai..kene gajah pun bleh mati kot ..
Sebagai panduan utk saudara seagama (Islam).. berikut kejadian gempa yg berlaku di Padang dan Ayat-ayat Allah S.W.T
Bismillah
Allahummasolli’ alamuhammad wa’alaalimuhammad
Salamun ‘alaikum
“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:
17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”
17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”
8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutny a serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”
Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutny a. Ini tentu sangat menarik.
sumber; eramuslim
Jika dulu kejadian runtuhnya bangunan World Trade Center akibat dilanggar oleh pesawat Boeing mungkin boleh disangkal dengan mengatakan semua telah dirancang terlebih dahulu.. Tp kali ini kejadian bencana alam semulajadi yg bertepatan dgn ayat2 suci
berikut kejadian 11 Sep 2001
Ketinggian bangunan WTC: 110 tingkat
Tarikh kejadian: 11 haribulan
Bulan: 9
Tahun: 2001
Fakta yang terdapat di dalam al Quran:
Ketika Allah menempelak golongan yang membina masjid Dhirar, beberapa ayat telah diturunkan.
Antaranya ialah ayat yang menceritakan bahawa musuh-musuh Islam sentiasa membina bangunan tinggi dan bangunan itu akhirnya menjadi punca kegelisahan Mereka sendiri sehingga digambarkan bahawa hati mereka seolah-olah dikerat-kerat dan dipotong. Ayat berkenaan ialah ayat 110 surah At Taubah (Al Bara’ah).
Maka faktanya lebih kurang sama dengan kejadian 11 September:
Ayat yang ke : 110 (Bangunan WTC 110 tingkat)
Juzuk ke : 11 (Tarikh kejadian 11 haribulan)
Surah ke : 9 (kejadian berlaku dalam bulan 9)
Huruf terakhir adalah huruf yang ke : 2001(kejadian berlaku dalam tahun 2001)
Wallahualam…
Dalam kemeriahan nak sambut Hari Raya Aidilfitri ni,semestinya golongan kanak-kanak yg plg gembira nak utk memulakan projek Duit Raya diorang, dan golongan dewasa@ mak bapak plak pening-pening lalat nak sediakan duit raya untuk diorang ni.
Pasti ramai antara yg menyediakan khidmat Duit Raya percuma pada anak-anak ni menggunakan sampul duit raya tak kisahlah dari kompeni @ beli kat kedai@ percuma@ sampul tahun lepas ..
Tapi ada setengah pihak yg tak bertanggungjawab mengambil kesempatan utk menyakitkan hati @ mempersendakan kita sebagai umat Islam dengan menyediakan Sampul Duit Raya yg berlambangkan salib ..
cuba cek elok2 sampul duit raya korang beli tu.





Belum sempat nak menyambut Syawal, akhirnya ketua ajaran sesat mengaku ‘Rasul Melayu’, Abdul Kahar Ahmad, 59 tahun telah selamat diberkas Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS.
Pegawai perhubungan awam JAIS, Ustaz Mohd Hidayat Abd Rani mengesahkan penangkapan Pak Kahar jam11.43 pagi tadi dan memaklumkan Pak Kahar kini berada di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.
Beliau turut mengesahkan Abdul Kahar ditangkap pada jam 9.45 pagi di Sungai Long, Kajang, Selangor.
Medan dakyah Pak Kahar @ blog juga telah selamat digodam oleh kumpulan Geng26 CyberTrooper dari menyebarkan dakyah2 Pak Kahar.
Nampak gaya terpaksa pak kahar ni beraya dalam lokap tahun ni, Umat2 palsu dia mesti ada datang lawat ‘nabi’ dia beraya kat loka..

Nampak gambar sejadah ni ? Spt manusia sedang dlm sembahyang.. Kejadian sejadah sembahyang ni kejadian ke-2 yg aku penah dengar. tapi bezanya kali ini versi bergambar .. yang awal-awal dulu versi video .
Kejadian sejadah berdiri sendiri di Pasir Mas kelate berlaku hampir 8 jam sehingga ramai penduduk kg datang ke rumah tuan sejadah ni utk tengok dengan mata sendiri.
Sejadah ini dikatakan menyembah lantai apabila sorang pengunjung datang mencuit sejadah tu .. Sama ada kejadian benar @ sekadar mendirikan sendiri sejadah ni ..Wallahualam
Commenter