Archive for the ‘Umum’ Category:
Diet yang betul
Remaja dikhuatiri terikut-ikut rejim diet yang ketat sehingga mengakibatkan penyakit yang lebih buruk.

Lagi tips kesihatan untuk semua pengunjung sempoinye dot com. Kali ini tips yg berlawanan dengan tips minggu lepas
MASALAH berat badan sering menyebabkan remaja kurang berkeyakinan dan berasa rendah diri. Keinginan untuk tampil cantik dan bergaya pasti diidamkan oleh semua anak muda.
Namun ramai remaja tidak tahu bagaimana cara terbaik untuk berdiet dan mengawal pemakanan mereka. Lebih menyedihkan mereka mengambil jalan singkat dengan memilih pil diet yang mampu menjejaskan kesihatan.
Ada juga remaja yang terikut-ikut rejim diet yang ketat sehingga mengakibatkan mereka mengalami penyakit seperti anoreksia dan bulimia.
Cara terbaik untuk menurunkan berat badan adalah dengan gabungan penjagaan pemakanan dan juga senaman yang teratur.
Bagi mereka yang ingin mengurangkan kilogram pada berat, ada disediakan beberapa tip khas untuk remaja. Selamat mencuba!
Minum banyak air
Amalkan minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Bawalah bekal air masak anda sendiri setiap kali pergi ke sekolah atau pun bersiar-siar.
Diet buah-buahan dan sayuran
Makan banyak buah-buahan dan biasakan memilih sayuran sebagai salah satu lauk dalam hidangan setiap kali makan. Jadikan ia hidangan wajib setiap hari.
Lebihkan pengambilan bijirin
Bijirin penuh amat baik untuk kesihatan. Ia mengandungi gentian, vitamin B, zat besi, mineral, vitamin B, E dan nutrien fito. Pengambilan sarapan seperti bijirin amat baik untuk pelajar sekolah dalam meningkatkan daya kecerdasan minda.
Tentukan tahap kelaparan
Sebelum membuat keputusan untuk makan, tentukan sama ada anda benar-benar lapar atau hanya sekadar memenuhi permintaan rakan untuk menemaninya makan bersama. Ia akan menyebabkan anda mengambil makanan melebihi daripada keperluan.

LUANGKAN masa anda mengira setiap kalori makanan yang dimakan.
Kurangkan minuman bersoda
Remaja sememangnya menggemari minuman bersoda. Tahukah anda setin minuman soda mengandungi lapan sudu teh gula iaitu melebihi keperluan pengambilan gula sehari bagi wanita iaitu enam sudu teh bersamaan 100 kalori atau sembilan sudu teh gula bagi lelaki bersamaan 150 kalori.
Menimbang berat setiap minggu
Dengan menimbang berat setiap minggu anda akan tahu perkembangan berat anda. Ia membantu dalam usaha untuk menurunkan berat badan.
Kawal pengambilan makanan
Setiap kali waktu makan, cuba kurangkan pengambilan makanan seperti biasa. Mungkin ia agak sukar pada permulaan namun lama kelamaan anda akan biasa dengan jumlah pengambilan makanan tersebut. Jika anda merasakan ia tidak mencukupi, tambahkan dengan buah-buahan.
Prihatin dengan makanan
Luangkan sedikit masa untuk mengira jumlah kalori yang diambil pada setiap hidangan. Anda boleh layari Internet dan mendapatkan informasi mengenai jumlah kalori terhadap makanan di Malaysia. Ini boleh mengelakkan anda daripada mengikuti diet yang salah. Sebagai contoh, ramai mengelak untuk mengambil nasi dan menggantikan dengan roti putih. Tahukah anda kalori empat keping roti putih bersamaan dengan sepinggan nasi.

REMAJA yang terikut-ikut dengan rejim diet yang ketat mengakibatkan mereka menghidap penyakit anoreksia.
Elakkan makan malam
Elakkan makan selepas pukul 8 malam. Sekiranya anda lapar, makanlah biskut dengan air panas seperti air coklat. Jadilah lebih prihatin dengan apa yang anda makan dan pilihlah makanan yang sesuai.
Jangan biarkan diri kelaparan
Menahan lapar bukanlah sesuatu yang bagus untuk menurunkan berat badan. Tahukah anda menahan kelaparan boleh mengakibatkan tahap metabolisme badan anda rendah dan ini akan melambatkan proses pembakaran lemak?
Bersenam
Perkara yang paling penting dalam menurunkan berat badan adalah dengan bersenam. Bersenam boleh membakar setiap kalori makanan yang diambil. Pastikan anda mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman ringkas. Elakkan menggunakan lif sebaliknya gunakan tangga. Jika hendak ke kedai naiklah basikal atau berjalan kaki.
?
Ramai org sibuk-sibuk nak kuruskan badan dan turun berat badan .. tapi camne untuk orang yang sedia kurus dan nak tambah berat badan ? jadi kat sini ade beberapa tips nak dikongsi untuk tambah berat badan korang yang tak seberapa nak berat ..

1. Elak makan makanan ringan
Bagi sesetengah orang, makanan ringan dikatakan mampu menambahkan berat badan. Namun hakikatnya ia hanya akan menambah lemak tidak sihat di dalam tubuh serta mampu memperlambatkan proses metabolisme tubuh menjadikan tubuh tidak boleh bekerja secara sihat. Akibatnya kita akan merasa malas untuk bekerja dan untuk kes yang lebih serius, akan ketagih dengan pelbagai jenis makanan ringan yang tidak menyihatkan.
2. Makan karbohidrat dan protein selepas senaman
Hal ini diperlukan untuk mengantikan glycogen atau gula dalam otot yang habis sewaktu senaman. Protein dalam jumlah yang agak besar diperlukan oleh otot yang baru saja kita gunakan semasa senaman berat.
3. Makan makanan sebenar
Untuk mendapatkan susuk tubuh yang ideal, jangan sekali-kali mengambil makanan tambahan untuk menggantikan makanan sebenar. Seeloknya anda makan selepas satu jam setelah senaman. Ini untuk mengembalikan kecergasan tubuh setelah penat melakukan senaman. Senaman penting bukan sahaja kepada mereka yang gemuk sebaliknya untuk mereka yang mahu menambahkan berat badan juga. Tanggapan yang mengatakan orang kurus tidak perlu bersenam, tidak benar sama sekali.
4. Minum multivitamin
Ini amat penting untuk dilakukan kerana vitamin B, membantu untuk mencerna nutrisi yang kita makan. Sia-sia jika anda makan banyak makanan tetapi tubuh anda tidak dapat mencernanya dengan baik.
5. Senaman berat tidak melebihi satu jam
Bagi mereka yang mahu menambahkan berat badan, jangan lakukan senaman berat melebihi masa satu jam. Ini kerana latihan lebih dari satu jam akan menghabiskan kalori anda. Anda tetap memerlukan kalori untuk membina otot-otot anda. Apa yang penting, anda lakukan senaman ringan yang dapat mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan anda.
6. Makan lebih dua kali sehari
Kebanyakan di antara mereka yang mengalami masalah badan terlalu kurus ini mengalami masalah tiada selera makan. Macam mana nak tambah berat badan jika makan hanya dua kali sehari dan tiada jadual makanan yang tetap? Untuk menambahkan berat badan, anda perlu makan lebih banyak daripada biasa. Apa yang penting menu yang menjadi pilihan haruslah sihat dan berkhasiat.

Seorang wanita warga emas, Ena Zizi antara empat mangsa yang masih hidup dan berjaya diselamatkan kelmarin setelah dia terperangkas dalam runtuhan sebuah bangunan selama seminggu akibat gempa yang melanda Haiti pada 12 Januari lalu.
Nenek berusia 69 tahun itu ditemui terperangkap di sebuah gereja Roman Katholik di sini oleh pasukan penyelamat Mexico namun paderi Joseph Serge Miot yang berada dekat dengan wanita tersebut ketika gempa pada minggu lalu ditemui terbunuh.
Zizi berkata, sewaktu bencana, dia menghadiri satu pertemuan keagamaan di kediaman biskop Haiti di gereja tersebut dan semasa tertimbus, wanita itu menghabiskan masa dengan berdoa dan menunggu untuk diselamatkan.
“Saya bercakap kepada tuan saya, iaitu tuhan dan berkata, saya tidak memerlukan lagi manusia,” katanya yang sempat bercakap dengan seorang paderi di bawah runtuhan sebelum lelaki itu akhirnya senyap menandakan dia meninggal dunia.
Doktor yang memeriksa Zizi mendapati mangsa itu mengalami nyahhidrat selain patah kaki dan terkehel pinggul manakala pasukan penyelamat bertepuk tangan sambil bersorak semasa melihat wanita itu dibawa keluar dari runtuhan.
Dua wanita lain berjaya diselamatkan dari sebuah bangunan universiti yang musnah dan menjelang tengah malam kelmarin, seorang wanita, Lozama Hotteline, 26, antara mangsa terbaru masih hidup dan berjaya dibawa keluar.

Dia ditemui di sebuah kedai runcit yang runtuh di kawasan kejiranan Petionville di sini oleh pasukan bantuan penyelamat Perancis dan pihak berkuasa Haiti berkata, setakat ini hampir 100 orang sudah berjaya diselamatkan.
Menurut sebauh stesen radio Perancis semalam, beberapa anggota penyelamat berjaya menarik keluar seorang bayi perempuan berusia tiga minggu dari celah runtuhan.
Bayi itu ditemui di sebuah leluang sempit di celah runtuhan sebuah rumah di bandar Jacmel. Menurut bapa saudara bayi itu, anak saudaranya itu berumur 23 hari.
Bayi itu kini berada dalam keadaan sihat dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan.
Setakat ini seramai 121 orang berjaya ditarik keluar dari celah runtuhan sejak gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter melanda Haiti dengan gnggaran lebih 200,000 orang terbunuh. – Agensi
Malaysia hanya selangkah untuk menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas acara bola sepak Sukan SEA.
Pada aksi separuh akhir di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional di sini malam tadi, dua jaringan Baddrol Bakhtiar dan satu jaringan Safiq Rahim membolehkan Malaysia menundukkan tuan rumah, Laos 3-1 untuk menempah tiket ke perlawanan akhir Khamis ini.
Mereka bakal berdepan Vietnam setelah juara Kumpulan A itu mudah menewaskan Singapura 4-1 pada satu lagi aksi separuh akhir semalam.
Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas acara bola sepak ialah pada Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur apabila berjaya menewaskan Singapura 3-1 pada perlawanan akhir.
Pada temasya 2001 di Kuala Lumpur, Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak apabila tewas 0-1 kepada Thailand dan perlawanan itu merupakan kali terakhir Malaysia mara ke akhir.
Pada perlawanan malam tadi, Malaysia berjaya mendiamkan kira-kira 20,000 penyokong tuan rumah apabila pemain sayap, Baddrol Bakhtiar menjaringkan gol pertama seawal minit ke-12.

Gol tersebut berpunca daripada hantaran silang Abdul Manaf Mamat dari sebelah kanan yang disudahkan dengan baik oleh Baddrol menerusi sepakan gunting.
Biarpun kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat babak pertama.
Permainan babak kedua pula menyaksikan Laos melakukan asakan bertali arus untuk mencari gol penyamaan.
Tuan rumah akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Kanlaya Sysomvang pada minit ke-72 setelah sepakan kaki kirinya dari luar kotak penalti gagal dibaca dengan baik oleh Sharbinee untuk mengikat kedudu- kan 1-1.
Anak-anak buah K. Rajagobal bagaimanapun tidak hilang punca dengan jari- ngan tersebut dan tetap tenang untuk mencari semula gol pendahuluan.
Hasilnya pada minit ke-78, Baddrol berjaya merembat masuk gol kedua dengan menyambut baik bola muntah selepas lambungan awal S. Kunanlan dari sebelah kiri terkena palang gol Laos.
Sisa harapan Laos untuk mengikat kedudukan sekali lagi tidak kesampaian apabila Safiq Rahim menjaringkan gol ketiga Malaysia pada minit ke-84 selepas menyambut baik hantaran Norshahrul dari sebelah kiri.
Malaysia: Sharbinee Allawee Ramli, Nasriq Baharom, Aidil Zafuan Abd. Radzak (ketua pasukan), Muslim Ahmad, Sabre Mat Abu (Azmi Muslim), S. Kunanlan, Safiq Rahim, K. Gurusamy, Bad- drol Bakhtiar, Abdul Manaf Mamat (Amar Rohidan), Norshahrul Idlan Talaha (Asraruddin Putra Omar).

Lagi kejadian sejadah berdiri … tp kali ini lain skit cerita .. sejadah berdiri secara berjemaah .. Semakin menjadi2 plak sejadah berdiri ..
Kejadian kali ini juga berlaku di Pasir Mas Kelantan , sama seperti kejadian 10 hari sebelum menjelang Syawal tahun ini.. >> post dulu
Macam dibuat2 jer keadaan ni , tempat antara 2 kejadian ni pun dekat saja.. mungkin dibuat oleh individu yg sama ..
Apepun kejadian macam ni takut bleh merosakkan akidah nnt, Mungkin ada yg taksub sangat nnt pergi sana cari sejadah2 ni utk dibuat pemujaan ker ape ker …
sedangkan kalu korang ada sejadah ( dah tentunya ada kan ) yg keras2 ,, korang bleh buat sejadah ni berdiri dengan mudah .. tarik saja bahagian tgh sejadah .. bg shape skit macam org smbahyang … tadaaa… siap ..
step seterusnya … boleh prepare panggil media datang .. anda pun jadi terkenal ..
Manakala bagi pembantu penguasa pejabat agama Pasir Mas, Kamarudin Zakaria yang ditemui di situ berkata beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk menggemparkan penduduk setempat.
“Ia terpulang kepada tafsiran setiap individu untuk menganggap ia perkara ajaib atau sebagainya, tetapi bagi saya perkara-perkara sebegini boleh memesongkan akidah seseorang,” katanya.
Kisah yg berlaku di India,
BERJUTA-JUTA kanak-kanak di seluruh dunia tidak mendapat pendidikan sewajarnya kerana keluarga mereka terlalu miskin.
Di India, seorang budak sekolah cuba mengubah nasib kanak-kanak miskin.
Budak itu ialah Babar Ali, “guru besar” sekolah yang baru berusia 16 tahun dan boleh dikatakan “guru besar termuda” di dunia.
Babar Ali ialah remaja yang bertanggungjawab mengajar ratusan pelajar di kawasan belakang rumah keluarganya.
Cerita remaja berasal dari Murshidabad di barat Bengal ini mencerminkan keinginannya yang meluap-luap untuk mendidik para pelajar.
Setiap hari, Babar Ali akan bangun pada awal pagi untuk membuat kerja-kerja rumah.
Kemudian dia akan menaiki beca sejauh 10 kilometer (km) untuk pergi ke Sekolah Raj Govinda dan terpaksa berjalan kaki untuk beberapa km terakhir.
Sekolah Raj Govinda adalah sekolah kendalian kerajaan yang terbaik di barat Bengal dan terdapat ratusan pelajar lelaki dan perempuan.
Kelas-kelas di sekolah ini tersusun walaupun kurang kemudahan awam. Pun begitu, ianya tetap dilengkapi kerusi meja, papan hitam dan guru-gurunya adalah komited dan berkelayakan.
Ketika kedatangan para pelajar yang lain, Babar Ali akan duduk di tengah-tengah barisan hadapan.
Babar Ali ialah seorang pelajar yang tinggi, remaja yang kurus, rajin belajar dan segak berpakaian seragam rona biru dan putih.
Beliau rajin mengambil nota-nota pelajaran dan merupakan pelajar contoh. Dia juga ahli keluarga pertama yang mendapat pendidikan sempurna.
Babar sangat beruntung kerana pada waktu itu, mereka belajar secara percuma. Bagaimanapun, Babar Ali hanya perlu membayar baju seragamnya, buku-bukunya dan menaiki beca untuk pergi ke sekolah.
Namun keluarganya tetap perlu mengeluarkan kira-kira 1,800 rupees setahun untuk perbelanjaan sekolah.
Jumlah wang tersebut adalah besar ketika itu. Kebanyakan keluarga miskin yang lain tidak mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah, walaupun pelajaran adalah percuma. Bagaimanapun, Babar Ali nekad untuk membantu rakan-rakannya yang miskin di kampungnya. Sejurus habis kelas, Babar Ali tidak akan bermain seperti rakan-rakan yang lain tetapi terus bergegas pulang untuk berkongsi ilmu dengan rakan-rakan sekampungnya.
Babar Ali akan membunyikan loceng apabila sampai di rumahnya. Rakan-rakannya berpusu-pusu datang untuk menunggu “kelas” Babar.
Babar Ali dan kanak-kanak itu akan menyanyi lagu kebangsaan sebelum pelajaran bermula.
Dengan gaya berdiri di atas satu pentas, Babar Ali mengajar ‘pelajar-pelajar’nya tentang disiplin sebelum pembelajaran bermula.
Babar Ali mengajar mereka sebagaimana dia mendengarnya daripada guru-gurunya. Sesetengah kanak-kanak duduk di atas lumpur serta bangku yang usang dan agak goyah.
Babar Ali baru berusia sembilan tahun apabila dia mula “mengajar” beberapa kawannya secara suka-suka. Kawan-kawan pula gemar mengikuti “kelasnya”.
Sekarang “sekolah” itu mempunyai 800 pelajar. Semuanya berasal dari keluarga miskin. Kebanyakan datang belajar selepas bekerja atau bercucuk tanam di padang.
Pihak berkuasa tempatan mengiktiraf “sekolah” itu kerana ia meningkatkan kadar celik huruf di kampung itu. Babar Ali telah memenangi pelbagai anugerah kerana jasanya berkongsi ilmu
Salute dengan dia ni .. abis blaja terus siap2 mengajar kanak2 lain ..Bak kata omputih …. Sharing is Caring ..
Kasihnya ibu Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada
Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya
Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa
Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia
Ini kisah si bapa dan anak….
PADANG BESAR – Malang menimpa seorang bapa yang cuba mengekori pergerakan anak gadisnya yang keluar malam bersama teman lelaki apabila dia ditemui mati di Kilometer 12.5 Jalan Kangar- Padang Besar dekat Padang Malau, di sini kelmarin.
Mangsa, Amran Musa, 47, seorang pemborong beras, dikatakan keluar menaiki motosikal selepas menyedari anak gadisnya yang berusia 16 tahun itu menyelinap keluar bersama teman lelaki kira-kira pukul 1.30 pagi.
Sejam kemudian, bapa kepada empat anak itu ditemui mati berdekatan motosikalnya dalam keadaan cedera parah di kepala dan badan dipercayai akibat terbabas.
Menurut isteri mangsa, Marina Hashim, 35, suaminya yang tergesa-gesa keluar untuk mengetahui aktiviti luar anak sulungnya itu menyebabkan dia terlupa memakai cermin mata ketika menunggang motosikal.
sanggup si anak … baru 16 tahun dah berani kluar rumah malam2 ikut jantan …
Tak faham aku dgn Rakyat Indonesia ni .. Kita bagi bantuan pun diaorang leh main baling-baling batu lagi. tak reti nak bersyukur ker ape ..
KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menyiasat insiden pesawat pengangkut C-130 Hercules dibaling dengan batu oleh penduduk Padang, ketika melaksanakan misi menyelamat dan menghantar bantuan kemanusiaan ke wilayah yang dilanda gempa bumi itu, baru-baru ini.
Panglima TUDM, Jeneral Datuk Rodzali Daud, berkata tindakan itu boleh dilihat seolah-olah kehadiran pesawat Malaysia kurang disenangi segelintir masyarakat di kawasan terbabit.
“Kita menerima laporan bahawa pesawat C-130 Hercules dilempar batu ketika melaksanakan misi menyelamat dan menghantar bantuan kepada mangsa bencana baru-baru ini.
“Bagaimanapun TUDM menerima kejadian itu dengan rasional dan memastikan anggotanya tidak terikut-ikut dengan tindakan segelintir penduduk tempatan terhadap aset serta anggota yang dikerah ke sana.
“Kita pergi ke tempat yang mengalami darurat atau bermasalah, maka kita tidak mahu menimbulkan lagi masalah lain. Apa yang perlu kita buat ialah membuat siasatan kerana sudah ada laporan.
“Namun, kita akan mengambil langkah yang sewajarnya supaya kejadian berkenaan tidak berulang. Memandangkan operasi masih berjalan, kita akan melaksanakannya sehingga selesai,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Kongres Perubatan Ketenteraan Sedunia (WCMM) ke-38 di sini, semalam yang disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Rodzali mengulas laporan pesawat C-130 Hercules dilempar batu dan dihalang mendarat oleh segelintir penduduk Padang yang dikatakan masih berang terhadap Malaysia berhubung isu tarian Pendet.
Pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, satu-satunya lapangan terbang komersial yang masih beroperasi di Padang.
Beliau berkata, kejadian itu tidak mematahkan semangat anggota dan pegawai TUDM bertugas kerana mereka memikul tanggungjawab yang sudah diamanahkan kerajaan bagi membantu negara jiran yang dilanda bencana.
Sementara itu, Ahmad Zahid menganggap tindakan sekumpulan kecil penduduk Padang membaling batu pada pesawat TUDM itu sebagai permainan budak-budak nakal.
“Di sana mungkin ada budak-budak nakal, namun kita tetap mengutamakan semangat saudara serumpun. Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga. Maka, kita akan meneruskan operasi sehingga keadaan di sana tenang dan kembali seperti sedia kala,” katanya.
Beliau berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menghantar 53 orang lagi ke Padang dalam Misi Bantuan Kemanusiaan, petang semalam.

sebenarnye aku ragu2 nak post pasal ni .. x tau kesahihan dia ..sebab aku jumpe pun dekat TOPIX . Ragu2 la sebab x tau betul ker ade harian Kota tu .. cari x jumpe ..
Andai betul la cite ni .. ape ke hal la diorang ni .. dah tolong pun macam tu lagik ..
Aku post ni lepas aku bace pasal Helikopter TUDM di baling batu ..
nnt aku post
London, Seorang budak perempuan berusia 10 tahun cuba melelong neneknya yang berusia 61 tahun melalui halaman lelong internet kerana menyifatkan wanita berkenaan sebagai mengganggu hidupnya tetapi sedap untuk ‘didakap’.
Bagaimanapun tindakan Zoe Pemberton untuk menjual neneknya, Marion Goodall dari Clacton di tenggara England itu dihalang pihak eBay yang menyifatkan iklan berkenaan melanggar peraturan perdagangan manusia.
“Jelas sekali kami mempunyai peraturan menjual manusia. Kami terpaksa menggugurkannya tetapi perkara ini memang sedikit melucukan,” kata seorang jurucakap eBay.
Nenek kanak-kanak itu, bagaimanapun, menyifatkan cubaan cucunya melucukan, lebih-lebih lagi selepas ada menawarkan bidaan £5 hingga £120 (RM27 hingga RM648)
p/s: macam jual teddybear plak … siap dah ada yg buat bidaan ni
Older Posts »
Commenter