Archive for the ‘Dalam Negara’ Category:

Duti Kereta Import dimansuhkan

Written on March 7th, 2010 by Mr SempoiComments

Sedikit berita gembira untuk peminat kereta Import kerana PM 1Malaysia telah mengumumkan pemansuhan serta merta duti kereta import untuk kereta-kereta terpilih … Dapat gak nak merasa kereta import

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) — Kelab-kelab golf Ahad diberikan hadiah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak apabila beliau mengumumkan bahawa duti import bugi golf dimansuhkan serta merta bagi memacu perkembangan industri golf di negara ini.

Perdana Menteri mengumumkan berita baik ini untuk kira-kira 200 padang golf di negara ini apabila beliau menyampaikan hadiah-hadiah Kejohanan Golf Terbuka Malaysia Maybank kepada pemenang, pemain remaja dari Korea Selatan berusia 18 tahun, Noh Seung-yul.- BERNAMA

Duti Import untuk bugi dimansuhkan serta merta untuk memajukan sukan golf negara …

p/s: boleh bawak p beli ikan kat pasar ni …

MInyak Oh Minyak … Naik lagi kau

Written on February 22nd, 2010 by Mr SempoiComments


Kerajaan akan mengumumkan kenaikan harga 10sen liter untuk bensin dan solar RON95 ketika mekanisma harga bahan bakar baru terungkap pada pertengahan Mac, Sin Chew Daily melaporkan hari ini.

Harga RON97 juga akan meningkat tetapi tidak ada keputusan belum di kuantum.
Saat ini RON95 runcit pada RM1.80 satu liter, di RON97 dan diesel RM2.05 dan RM1.70 satu liter masing-masing.

Sumber-sumber Jabatan Kewangan berkata, kerajaan telah memutuskan untuk menaikkan harga BBM karena tidak boleh memberikan subsidi lebih banyak diperlukan untuk mempertahankan harga BBM pada level saat ini menyusul lonjakan harga minyak mentah dunia.

Kerajaan yakin peningkatan 10sen liter boleh diterima oleh awam.

Para sumber juga mengatakan kepada harian kerajaan belum muncul dengan mekanisme harga bahan api yang boleh diterima oleh semua bahagian, dan sebagai hasilnya boleh menunda atau bahkan mungkin terpaksa meninggalkan langkah-langkah baru yang telah di paip.

“Rancangan itu sedang berlaku untuk pendaftaran kenderaan pemilik dan Mykad mereka melalui Maybank dan kios bensin bermula pada bulan April dicadangkan di bawah ’satu pemilik kenderaan, salah satu subsidi’ mekanisme subsidi bahan api. Nampaknya rancangan tidak boleh pergi. ”

Sumber mengatakan topi menjual 20 liter petrol untuk kereta asing di berhampiran sempadan Malaysia akan terus dilaksanakan.

Sementara itu, Petrol Dealers Association of Malaysia president Datuk Othman Hashim percaya bahawa pemilik kereta asing akan membayar harga pasaran saat mekanisma harga bahan bakar baru diperkenalkan bulan depan.

Dia mengatakan tujuan utama kerajaan ialah memberikan subsidi kepada mereka yang memenuhi syarat untuk itu, untuk melindungi kepentingan yang lebih rendah dan kumpulan berpendapatan menengah dan juga menjimatkan perbelanjaan.
Sumber Berita – Malaysia-today

Kereta tangki minyak 1,000 liter

Written on January 20th, 2010 by Mr SempoiComments

CHE MAN menunjukkan dua lubang tangki minyak yang diubah suai pada sebuah kereta untuk menyeludup petrol di Balai Polis Padang Besar, Perlis semalam.

PADANG BESAR – Jika sebelum ini, trak pikap dan motosikal menjadi medium kumpulan penyeludup bagi melakukan pengubahsuaian pada tangki agar dapat mengisi lebih banyak bahan bakar subsidi, namun lain pula penemuan polis di sini kelmarin.

Terbaru, polis merampas sebuah kereta kompak yang diubah suai sepenuhnya pada bahagian penumpang dengan menempatkan tangki minyak tambahan sehingga mampu mengisipetrol sehingga 1,000 liter pada satu masa.

Kereta kompak jenis Ford Laser S dengan nombor pendaftaran tempatan itu dirampas setelah ditinggalkan pemandunya dalam serbuan polis di sebuah stesen minyak di Jalan Padang Besar, kira-kira pukul 12.30 malam kelmarin.

Ketua Polis Padang Besar, Supritendan Che Man Md. Dros berkata, kereta tersebut dilihat dalam keadaan mencurigakan semasa polis membuat rondaan dan ketika dihampiri di sebuah stesen minyak, pemandu kereta itu lari meninggalkan kenderaannya.

kredit : kosmo.com.my

Suka komen di Facebook ?

Written on January 16th, 2010 by Mr SempoiComments

Facebook. . aku rasa social network yang paling femes kat negara 1Malaysia. Macam2 korang boleh buat dengan Facebook ni , byk application intenet boleh di linkkan dgn Facebook, sambil korang juga boleh main macam2 game … farmville, restoran,fishville,mafia wars, band, rock lagend dan macam2 la .. aku sendiri tak main habis game game dia ni

selain tu ,korang mesti suke komen profail kawan2 facebook korang kan ? or komen facebook sendiri la kalu teringin nak mencapap. tapi mulai sekarang harap-harap korang teliti 7-8-9 kali sebelum korang post komen korang..

silap2 komen korang boleh kene dakwa.. mcm org pertama yg kene dakwa ni, hanya kerana ayat

‘Ke nak aku baling bom petrol di sana plak? harga boleh runding’

Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, hanya mengangguk kepala semasa pertuduhan dibacakan  di hadapan Majistret Ho Kwong Chin.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada pelajar tahun pertama tersebut. Mungkin ada kawan2 yg pakai Facebook dia untuk komen ..jadi.. sila log out selepas guna Facebook

Gerhana Matahari Separa

Written on January 14th, 2010 by Mr SempoiComments

Esok@ Jumaat, 15hb Jan 2010,

Kejadian gerhana matahari akan berlaku. Gerhana Matahari Cincin ini akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat.

Perjalanan gerhana diteruskan ke India, Bangladesh, Burma dan berakhir di China.

Untuk anda anda yang berada kat malaysia ni, hanya berpeluang untuk melihat Gerhana Matahari Separa sahaja.

Bagi yang berhajat untuk melihat kejadian gerhana ini, boleh ikut waktu dibawah sebagai panduan bagi lokasi bandar-bandar utama di malaysia:

Kuala Lumpur

Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:01 PM

Fasa Maksimum (41% 28.6% Matahari Tertutup):4:26 PM

Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:38 PM

Kota Bharu

Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:03 PM

Fasa Maksimum (47% 34.5% Matahari Tertutup):4:31 PM

Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:45 PM

Langkawi (Kuah)

Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 2:54 PM

Fasa Maksimum (52%  39.7% Matahari Tertutup):4:27 PM

Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:46 PM

Kuching

Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:34 PM

Fasa Maksimum (23%  12.2% Matahari Tertutup):4:34 PM

Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:27 PM

Miri

Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:43 PM

Fasa Maksimum (24% 12.9% Matahari Tertutup):4:41 PM

Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:33 PM

Kota Kinabalu

Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:47 PM

Fasa Maksimum (24% 13.5% Matahari Tertutup):4:44 PM

Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:35 PM

Cara melihat gerhana

bagaimana korang2 nak tengok gerhana matahari nanti? ok .. 1st sekali jangan la korang semua gerhana secara direct@ terus tanpa ada sebarang alat penapis.. bukan alat panapis air, tapi penapis cahaya,  cahaya matahari yang terang tu boleh buat korang2 hilang deria lihat a.k.a buta.

Kaedah paling selamat melihat fasa-fasa gerhana ialah dengan menggunakan kamera lubang pin (Pin Hole Camera).

Jika anda mempunyai binokular, gunalah kaedah projeksi atas kertas (cardboard projection).

Jika anda mempunyai teleskop, sebaik-baik kaedah ialah dengan menggunakan penapis matahari (seperi baader atau mylar). Cuba elakkan daripada menggunakan kaedah projeksi atas kertas kerana intensiti cahaya matahari amat kuat dan boleh mencairkan kanta mata (eyepiece) anda!

p/s: time skolah ritu .. selalu amik filem gambar utk dijadikan penapis ..

PM umum RM500,000 untuk Gereja Metro Tabernacle

Written on January 9th, 2010 by Mr SempoiComments

semalam (8 Jan 2010 ) Sebuah gereja dibaling dengan bom petrol mengakibatkan tingkat bawahnya terbakar, kata sumber gereja.

Insiden tersebut berlaku sewaktu memuncak kontroversi berhubung penggunaan perkataan Allah oleh satu penerbitan Katholik.

Kejadian yg masih lagi dlm siasatan dan belum diketahui punca, dan kerajaan bermurah hati meluluskan peruntukan RM500,000 untuk pembangunan semula Gereja Metro Tarbenacle di Desa Melawati yang terbakar selepas dilempar bom api semalam.

Perkara ini diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang melawat gereja itu sebentar tadi.

Gereja baru akan dibina di lokasi lain.

Cepat betul bertindak .. mmg 1 malaysia ni

DS Nizar kemalangan jalan raya

Written on January 7th, 2010 by Mr SempoiComments

DS Nizar telah terlibat dengan satu kemalangan jalan raya pagi tadi berhadapan Hotel Casuarina di Ipoh.Saya dimaklumkan keretanya telah terbalik dalam kemalangan tersebut

Beliau sedang menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Besar Permaisuri Tengku Bainun, Ipoh.

DS Nizar telah dimasukan ke ward 8C kerana tekanan darahnya agak tinggi.Nothing serious.Beliau telah terlanggar divider jalan sewaktu mengelakkan sebuah kereta yang tiba-tiba keluar dari persimpangan ‘Seruan Islam’.

CDT pic SYA@PERAKEKSPRESS.COM

Final: Malaysia 1 – 0 Vietnam

Written on December 17th, 2009 by Mr SempoiComments

malaysia-vietnam-10

Pemain Vietnam, Mai Xuan Hop, mengesat muka selepas menjaringkan gol sendiri pada minit ke-84 dan memberikan Malaysia kemenangan 1 – 0 pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Laos. -Gambar oleh AP Photo.

Walaupun aku bukanlah seorang kaki bola sepak, tetapi aku amat menyukai menonton perlawanan bola sepak di peringkat akhir. Pada hari ini, penantian selama 20 tahun oleh rakyat Malaysia telah pun tamat. Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas dalam acara bola sepak Sukan SEA adalah pada tahun 1985 di Kuala Lumpur.

Tetapi malam ini, Malaysia telah pun berjaya mengulangi saat kegemilangan dengan memenangi pingat emas dengan mengalahkan pasukan Vietnam, 1 – 0, di Sukan SEA yang diadakan di Laos.

Sedikit ulasan daripada aku.

Dalam perlawan tersebut, dapat dilihat pasukan Malaysia banyak mengatur serangan ke arah gawang gol pihak lawan sehinggakan penjaga gol pasukan Vietnam mengalami kecederaan. Ini memberikan pasukan Malaysia kelebihan kerana penjaga gol Vietnam tidak mahu keluar padang walaupun sudah mengalami kecederaan di bahu kiri beliau.

Di samping itu, dapat diperhatikan bagaimana pasukan Malaysia sedikit kucar-kacir apabila bola berada di kaki mereka. Mereka seperti tidak tahu hendak buat apa dan akhirnya banyak peluang dilepaskan begitu sahaja.

Walau bagaimanapun, aku sangat puji dengan benteng pertahanan Malaysia kerana berjaya menepis dan menghalang asakan dari pihak lawan walaupun kadang-kala ada sedikit terlepas sana-sini.

Walaupun gol yang kita perolehi adalah gol nasib disebabkan gol jaringan sendiri oleh pemain Vietnam, Mai Xuan Hop pada minit ke-84, tetapi sedikit sebanyak kemenangan yang kita perolehi sangat-sangat bermakna.

Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan bola sepak Malaysia kerana berjaya memenangi pingat emas dengan mengalahkan pasukan Vietnam, 1 – 0. Tahniah Malaysia!

Sejadah Berdiri Berjemaah pula!!!

Written on October 20th, 2009 by Mr SempoiComments

Lagi kejadian sejadah berdiri … tp kali ini lain skit cerita .. sejadah berdiri secara berjemaah .. Semakin menjadi2 plak sejadah berdiri ..

Kejadian kali ini juga berlaku di Pasir Mas Kelantan , sama seperti kejadian 10 hari sebelum menjelang Syawal tahun ini.. >> post dulu

Macam dibuat2 jer  keadaan ni , tempat antara 2 kejadian ni pun dekat saja.. mungkin dibuat oleh individu yg sama ..

Apepun kejadian macam ni takut bleh merosakkan akidah nnt, Mungkin ada yg taksub sangat nnt pergi sana cari sejadah2 ni utk dibuat pemujaan ker ape ker …

sedangkan kalu korang ada sejadah ( dah tentunya ada kan ) yg keras2 ,, korang bleh buat sejadah ni berdiri dengan mudah .. tarik saja bahagian tgh sejadah .. bg shape skit macam org smbahyang … tadaaa… siap ..

step seterusnya … boleh prepare panggil media datang .. anda pun jadi terkenal ..


Manakala bagi pembantu penguasa pejabat agama Pasir Mas, Kamarudin Zakaria yang ditemui di situ berkata beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk menggemparkan penduduk setempat.

“Ia terpulang kepada tafsiran setiap individu untuk menganggap ia perkara ajaib atau sebagainya, tetapi bagi saya perkara-perkara sebegini boleh memesongkan akidah seseorang,” katanya.

Full Story » Filed under Dalam Negara, Umum Tags:

BN dapat Bagan Pinang

Written on October 12th, 2009 by Mr SempoiComments

Selesai sudah pilihan raya di Bagan Pinang, dan BN berjaya mengekalkan kerusi DUN Bagan Pinang … Tahniah utk Umno .. yg kalah boleh cuba lagi di pilihan raya seterusnya .. aku berkecuali.. tak daftar mengundi lagi

Umno menang dengan majoriti yg lebih besar berbanding pilihan raya sebelum ini … 5435

Semoga ahli yg dipilih rakyat untuk sebagai wakil Bagan Pinang akan melaksanakan tanggungjawab beliau..

http://www.beliamuda.com/wp-content/uploads/keputusan-rasmi-prk-bagan-pinang.gif

p/s: da basi brita ni .. lambat update .. bz skit

Related Posts with Thumbnails
Older Posts »
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes