Archive for the ‘Current Issued’ Category:

Hujan Burung

Written on March 11th, 2010 by Mr SempoiComments

BATH, England – Pada Ahad lalu, satu kejadian seperti dalam filem seram Hitchcock’s The Birds berlaku di sini.

Kejadian itu berlaku apabila lebih 100 ekor burung perling jatuh dari langit di luar taman sebuah rumah di Somerset, barat England.

Bangkai-bangkai burung itu bertaburan dengan setiap seekor mempunyai kesan darah meleleh daripada paruh masing-masing manakala kuku haiwan tersebut kelihatan mencengkam seperti berada dalam kesakitan.

Enam ekor didapati masih bernyawa namun sebahagian besarnya ditemui mati dan menggelupur lemah menahan kesakitan.

Menurut pemilik rumah itu, Julie Knight, dia baru pulang ke kediamannya yang terletak di sebuah desa terpencil Coxley pada pukul 4.15 petang apabila melihat pemandangan mengerikan itu.Seorang jiran wanita itu memberitahu, dia melihat langit seperti dihujani burung tersebut jatuh ke tanah.

“Kami menghubungi Persatuan Perlindungan Penganiayaan Haiwan Diraja British manakala pegawai-pegawai kebajikan haiwan mengutip beberapa ekor burung itu untuk dimasukkan ke dalam sangkar.” kata Julie kepada sebuah akhbar yang menyiarkan ceritanya semalam.- Agensi

Keputusan Akhir Raja Lawak Musim Ke-4

Written on March 7th, 2010 by Mr SempoiComments

Raja Lawak Musim Ke 4 telah melabuhkan tirai pada malam ini .. peserta2 yang layak ke pusingan akhir raja lawak musim ke 4 ialah , Alex,Idlan dan Kumpulan Kecik

Keputusan Akhir raja lawak seperti berikut

Johan : Kumpulan Kecik

Naib Johan : Idlan

Tempat Ke3 : Alex

part1

part2

part3

part4

part5

part6

part7

part8

part9

Duti Kereta Import dimansuhkan

Written on March 7th, 2010 by Mr SempoiComments

Sedikit berita gembira untuk peminat kereta Import kerana PM 1Malaysia telah mengumumkan pemansuhan serta merta duti kereta import untuk kereta-kereta terpilih … Dapat gak nak merasa kereta import

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) — Kelab-kelab golf Ahad diberikan hadiah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak apabila beliau mengumumkan bahawa duti import bugi golf dimansuhkan serta merta bagi memacu perkembangan industri golf di negara ini.

Perdana Menteri mengumumkan berita baik ini untuk kira-kira 200 padang golf di negara ini apabila beliau menyampaikan hadiah-hadiah Kejohanan Golf Terbuka Malaysia Maybank kepada pemenang, pemain remaja dari Korea Selatan berusia 18 tahun, Noh Seung-yul.- BERNAMA

Duti Import untuk bugi dimansuhkan serta merta untuk memajukan sukan golf negara …

p/s: boleh bawak p beli ikan kat pasar ni …

Ni Baru Kawan Makan Kawan

Written on March 7th, 2010 by Mr SempoiComments

MISTERI penemuan sebelah kaki manusia di belakang sebuah sekolah di sini Rabu lalu membawa kepada penahanan seorang lelaki, Harun, 35, kelmarin yang dipercayai memakan mayat rakannya sendiri, lapor akhbar Jawa Pos semalam. Suspek berasal dari Kendal, Jawa Tengah itu didakwa membunuh mangsa, Fahmi Iswandi yang juga rakan serumah sejak tiga bulan lalu dan mengawet mayat tersebut bagi mengelak ia berbau busuk, kata Ketua Polis Kota Batam, Suka Irawanto. Hasil siasatan awal, Harun dikatakan berbuat demikian kononnya untuk mewarisi ilmu kebal rakannya itu yang didakwa sebagai kalis daripada sebarang senjata dan menyembah daging mangsa sebelum dimakan mentah pada setiap malam Jumaat. “Fahmi dari Tegal, Jawa Tengah dipukul dengan benda tumpul di kepala dan lebih sadis, dua gigi mangsa dicabut untuk dijadi kalung tangkal manakala semua organ dimasak panggang kecuali jantung yang dimakan mentah,” kata Suka. – Agensi

Japan’s Princess Aiko, 8, misses school after being bullied by ‘violent’ boys

Written on March 6th, 2010 by Mr SempoiComments

Japan’s eight-year-old Princess Aiko has missed several days of classes after being bullied by boys at her primary school, a spokesman for the royal family said.

The revelation is likely to shock the country as the imperial family is treated with deep reverence.

Before Tokyo’s defeat in World War II, Princess Aiko’s great-grandfather, Emperor Hirohito, was worshipped as a living god.

The spokesman for the Imperial Household Agency said the princess complained of a stomach-ache, expressed deep anxiety, and has not been back to school since coming home early on Tuesday.

Emperor Hirohito of Japan

The news that Princess Aiko, left, has missed school due to bullying will shock Japan as the monarchy is treated with deep reverence. Her great-grandfather, Emperor Hirohito (right) was worshipped as a living god until his country’s defeat in 1945

An investigation had revealed that she and several other students had suffered ‘violent things’ from boys in another class. The spokesman did not elaborate.

The news provided a rare glimpse into the private affairs of the world’s oldest hereditary monarchy, which usually abides by strict, formal protocols and is tight-lipped about personal matters.

The princess goes to the elite Gakushuin Primary School in Tokyo’s central Shinjuku district. A representative of the school said the incident may have been a simple misunderstanding.

‘She had decided to leave school, and just as she had returned from changing into her normal shoes from her school shoes, I hear it was two boys that approached very suddenly and nearly collided with her, which scared her,’ school director Motomasa Higashisono told reporters.

Japanese schoolchildren often have a separate pair of shoes for school use.

2006Imperial family: Japan’s Crown Prince Naruhito and Crown Princess Masako with their daughter Aiko in 2006

Aiko is the daughter of Crown Prince Naruhito, son of the current emperor, and Princess Masako. The Imperial Household spokesman declined to comment on the reaction of her parents or when she would return to school.

Naruhito is to visit Africa starting Saturday but won’t be accompanied by Masako, who hasn’t attended official duties for several years.

She has long suffered from a nervous disorder attributed to the difficulties of adjusting to palace life and the pressure to bear a son.

After suffering a miscarriage in 1999, Masako gave birth to Aiko in 2001. The lack of a male heir fanned a movement to change the law to allow Aiko to succeed her father.

But Naruhito’s younger brother, Prince Akishino, and his wife Princess Kiko had a baby boy in 2006, who is now third in line to the throne.

Pantai Buih

Written on March 6th, 2010 by Mr SempoiComments

LOS ANGELES – Pantai-pantai di California, Amerika Syarikat (AS), termasuk pantai Hollywood dipenuhi dengan buih yang berikutan gempa bumi pada 8.8 skala Richter yang melanda Chile pada Sabtu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Gabungan cuaca dan kondisi laut yang luar biasa ditambah dengan ombak-ombak besar dilihat menjadi punca kepada fenomena tersebut.

Menurut satu kaji selidik saintifik, buih laut itu terdiri daripada protein dan molekul lemak yang terhasil akibat kemusnahan hidupan mikroskopik laut.

Hidupan laut yang dikenali sebagai phaeocystis itu membentuk koloni besar di dalam air.

Buih itu terbentuk apabila angin membawa saki-baki koloni tersebut yang mereput dan menghanyutkannya ke pantai.

Pencemaran itu memberi kesan ke atas buih laut berikutan terlalu banyak nutrien di dalam air menyebabkan pembentukan koloni phaeocystis yang lebih besar.

Gempa bumi di Chile mengakibatkan tsunami yang memusnahkan bandar-bandar di pesisiran pantai.

Tsunami yang berlaku akibat gempa bumi mungkin menyebabkan kebanyakan buih laut berkumpul di Lautan Pasifik sebelum angin kuat meniupnya ke pantai-pantai di California. – Agensi

Bayi lelaki terkecil di dunia

Written on March 6th, 2010 by Mr SempoiComments

BERLIN – Seorang bayi menjadi bayi lelaki yang tidak cukup bulan termuda di dunia yang masih hidup, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang dilahirkan selepas 16 minggu kelihatan amat kecil dengan beratnya ialah 275 gram.

Bayi itu yang diberi nama jolokan Tom Thumb kini dirawat di sebuah hospital di Jerman dengan saiz badannya lebih kecil daripada tin minuman Coke.

Rekod bayi terkecil sebelum ini dipegang oleh Tyler Martin yang dilahirkan di New Jersey, Amerika Syarikat (AS) pada 2004 dengan berat 320 gram.

Tom Thumb dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean di Universiti Perubatan di Goettingen, Jerman pada Jun 2009.

Doktor-doktor di universiti itu membuat keputusan pada minggu ini bahawa dia dibenarkan untuk dibawa pulang ke rumah ibunya.

“Selepas mengkaji semua dokumen berkaitan, kami boleh menyatakan bahawa dia (Tom Thumb) merupakan bayi tidak cukup bulan di dunia yang masih hidup,” kata seorang jurucakap universiti itu, Stefan Weller.

Fesyen Coklat

Written on February 26th, 2010 by Mr SempoiComments

Post Kali ini hampir sama dengan post kondom Kreatif kali ini memaparkan keistimewaan dan tarikan coklat. Coklat bukan saja untuk dimakan2 oleh penggemar coklat, dan bukan sekadar dijadikan pengikat kasih malah mampu menceriakan kehidupan orang ramai danĀ  menangiskan budak2 yg gigi berlubang

Gambar gambar diambil di Taman Tema Coklat di Beijing, China baru-baru ini (Feb 2010)

Rata-rata pengunjung yang hadir khususnya kanak-kanak bersorak keriangan. Pentas taman tema itu telah disajikan dengan pertunjukan fesyen yang berasaskan coklat. Juga binaan2 yg diperbuat daripada coklat seperti Tembok Besar China

Bayangkan kepingan coklat yang lazimnya mudah larut dalam mulut direka dengan kreatif menjadi skirt kembang, sarung tangan, baju dan aksesor. Barangkali bagi penggemar coklat, belum sempat ia digayakan, coklat itu sudah ’selamat’ dinikmati!

Macam baju ahli sihir jer …

Tembok COklat China

Tanduk Coklat

Kolam Coklat

COklat Hawaii Kot

Kondom Kreatif..

Written on February 25th, 2010 by Mr SempoiComments

Kondom bukan sahaja diguna untuk mengelak kehamilan , malah di China kondom boleh diguna sebagai barang peragaan .

China menganjurkan Maklis peragaan fesyen diperbuat daripada kondom diadakan pada Fourth China Reproductive Health New Technologies and Products Expo pada Julai, 2007.

Objektif utama sebenarnya majlis ini ini dilakukan untuk menjayakan kempem pemakaian kondom dalam usaha China untuk menangani penyakit AIDS/HIV akibat seks bebas.

Belon Kondom

Jam Kondom

Topi Kondom

Bunga Matahari Kondom

Ratu Kondom

Pokok NanasĀ  Kondom

Baju Hujan Kondom ker ?

Cheongsam Kondom

MInyak Oh Minyak … Naik lagi kau

Written on February 22nd, 2010 by Mr SempoiComments


Kerajaan akan mengumumkan kenaikan harga 10sen liter untuk bensin dan solar RON95 ketika mekanisma harga bahan bakar baru terungkap pada pertengahan Mac, Sin Chew Daily melaporkan hari ini.

Harga RON97 juga akan meningkat tetapi tidak ada keputusan belum di kuantum.
Saat ini RON95 runcit pada RM1.80 satu liter, di RON97 dan diesel RM2.05 dan RM1.70 satu liter masing-masing.

Sumber-sumber Jabatan Kewangan berkata, kerajaan telah memutuskan untuk menaikkan harga BBM karena tidak boleh memberikan subsidi lebih banyak diperlukan untuk mempertahankan harga BBM pada level saat ini menyusul lonjakan harga minyak mentah dunia.

Kerajaan yakin peningkatan 10sen liter boleh diterima oleh awam.

Para sumber juga mengatakan kepada harian kerajaan belum muncul dengan mekanisme harga bahan api yang boleh diterima oleh semua bahagian, dan sebagai hasilnya boleh menunda atau bahkan mungkin terpaksa meninggalkan langkah-langkah baru yang telah di paip.

“Rancangan itu sedang berlaku untuk pendaftaran kenderaan pemilik dan Mykad mereka melalui Maybank dan kios bensin bermula pada bulan April dicadangkan di bawah ’satu pemilik kenderaan, salah satu subsidi’ mekanisme subsidi bahan api. Nampaknya rancangan tidak boleh pergi. ”

Sumber mengatakan topi menjual 20 liter petrol untuk kereta asing di berhampiran sempadan Malaysia akan terus dilaksanakan.

Sementara itu, Petrol Dealers Association of Malaysia president Datuk Othman Hashim percaya bahawa pemilik kereta asing akan membayar harga pasaran saat mekanisma harga bahan bakar baru diperkenalkan bulan depan.

Dia mengatakan tujuan utama kerajaan ialah memberikan subsidi kepada mereka yang memenuhi syarat untuk itu, untuk melindungi kepentingan yang lebih rendah dan kumpulan berpendapatan menengah dan juga menjimatkan perbelanjaan.
Sumber Berita – Malaysia-today

Related Posts with Thumbnails
Older Posts »
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes