
14 Mac – itulah tarikh keramat yang telah ditetapkan. Masjidil Haram di Mekah – lokasi suci yang dipilih untuk melangsungkan majlis pernikahan. Waktunya selepas subuh, kira-kira jam 8 pagi, waktu di sana. Pada sebelah malam, akan diadakan jamuan makan malam di ZamZam Tower.
Umie AidaUmie Aida
Umie Aida akan dinikahkan oleh seorang wakil jurunikah – rakyat Malaysia – yang berada di sana dan diwalikan abangnya sendiri, Ahmad Ridhuan. Akhirnya, apa yang diimpikan selama ini termakbul juga.
“Bukan semua yang kita minta, kita dapat. Tapi ini impian saya dan alhamdullilah, syukur apa yang saya impikan berjalan lancar,” katanya bila ditemui malam tadi di bakal kediamannya bersama Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan di i-Zen, Mont Kiara sebelum bermulanya majlis berinai.
Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan artis seperti Sofea Jane, Erra Fazira, Zahida Rafik, Nina Juren, Azwan Ali, Kuza, Emelda Rosmila, Nabila Huda, Noniswara, Zarina Zainuddin, Anne Abdullah, Lisa Surihani dan Samantha Schubert.
Tambah Umie yang kelihatan anggun dengan gown hitam bertatahkan batu permata, “Semua manusia mempunyai impian perkahwinan yang macam mana. Yang saya impikan untuk bernikah di Mekah sahaja. Saya malas nak buat majlis resepsi tetapi atas permintaan keluarga kami…
“Pernah satu ketika dulu saya ke sana dan pada waktu itu terdetik di hati saya, jika bernikah di Masjidil Haram dan ajal di sana, alhamdullilah. Jadi, bila seru saya sampai, saya terfikir balik kepada waktu itu. Saya ingin bernikah di Mekah dengan keluarga terdekat. Bila saya luahkan hasrat saya padanya, dia setuju.”

Wah tahniah tuk Alex…
sebab dpt mengepalai kedudukan carta minggu ni, dia layak untuk mendapat tangga pertama..
Amat memberangsangkan…70% undi dpt pada si Alex.. 
Pada minggu nie JD telah terkeluar disebabkan peratus undi yang paling rendah
Aisey mana pegi semua peminat2 JD… dua minggu berturut2 menjuarai tangga pertama tapi tersungkur pada minggu ketiga..
Apa2 pun all the best untuk semua peserta yang masih meneruskan perjuangan..
Jom2 layan Raja Lawak Musim Ke4
p/s: Sila dengar Sinar FM pada pagi ini untuk mendapatkan 2 tiket akhir gelanggang Raja Lawak dengan kata laluan “JOZAN” .
Sumber: Astro

Bekas penyanyi Exist dikenakan denda Rm2400 oleh mahkamah Singapore semalam selepas mengaku bersalah mencuri telefon bimbit dan jam tangan milik seorang pelakon Singapura bulan november tahun lepas
Mamat mengaku bersalah mencuri telefon bimbit RM1,392 (S$580) dan seutas jam daripada Noor Shazeel Sazali, 24. dah terdesak duit sangat ker penyanyi ni sorang ?
Mamat bagaimanapun dicekup di Lorong 24, Geylang pada 18 November lalu selepas laporan polis berhubung kes berkenaan dibuat Noor Shazeel.
Selain kes curi telefon bimbit Noor Shazeel, penyanyi itu turut didakwa mencuri telefon bimbit jenama Samsung bernilai RM672 (S$280), milik Suhailmi Ruslan atau dikenali sebagai Amy Kecik dari rumahnya di Tampines, pada 14 November 2009.
p/s: da jadi pencuri tegar lak kot mamat ni ..

KrisDayanti @ KD dah buat pengumum semasa majlis Bufday CT untuk bernikah pada tahun ini ,tp tarikh blom di umumkan lagik.
KD belum mengumumkan calon yg akan dikahwinnya, KD seboleh-bolehnya cuba mengelak. maybe KD suh kita teka banyak-banyak dulu.
“Saya hanya akan umumkan apabila sudah tiba masanya. Buat masa ini biarlah ia menjadi rahsia. Bukan mudah untuk saya membuat keputusan ini. Membuat persediaan perkahwinan juga bukan mudah. Jadi, tunggulah. Kalau semuanya sudah ‘confirm’, saya akan undang anda semua ke majlis perkahwinan itu. Saya juga akan beritahu siapa lelaki pilihan saya,” ujar KD setelah didesak beberapa kali.
Commenter